Permohonan Visa

Adalah di maklumkan bahawa terdapat arahan yang terbaru daripada KEDUTAAN ARAB SAUDI berhubung KEPERLUAN DOKUMEN VISA UMRAH  pada 10 April 2013.

* Wanita dibawah 45 tahun WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur melebihi 18 tahun.

1. Passport antarabangsa, masih boleh digunakan dalam tempoh 6 bulan dan muka surat kosong sekurang-kurangnya 6 (enam) helaian muka surat

2. Buku Suntikan Meninggococal Meningitis ACYW 135

3. 4 Keping Gambar berukuran 6 x 4cm, dan latar belakang bewarna putih, tanpa memakai songkok/kopiah bagi lelaki & bertudung gelap bagi wanita.

4. Pengesahan Mahram seperti berikut :-

**BAGI JEMAAH WANITA BAWAH 45 TAHUN / LELAKI BAWAH 18 TAHUN**

(A) PERGI BERSAMA MAHRAM

1. Salinan sijil nikah bagi wanita yang sudah berkahwin (COP JABATAN AGAMA NEGERI & WISMA PUTRA)

2. Bagi wanita yang bermahramkan bapanya – Salinan sijil lahir (COP JPN & WISMA PUTRA)

3. Bagi wanita yang bermahramkan adik – beradik lelakiSalinan kad pengenalan adik-beradik lelaki tersebut dan salinan sijil lahir kedua-dua) (COP JPN & WISMA PUTRA)

4. Bagi wanita yang bermahramkan anak lelaki – Salinan sijil lahir anak lelaki tersebut. (COP JPN & WISMA PUTRA)

 

(B) MAHRAM BERSAMA BAPA TIRI (YANG BELUM KAHWIN)

1.LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)

2.Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik kandung (COP JPN & WISMA PUTRA)

3.Salinan Sijil lahir anak tiri (COP JPN & WISMA PUTRA)

4.Salinan surat hak jagaan anak dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)

5.Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

 

(C) MAHRAM BERSAMA BAPA TIRI (YANG SUDAH BERKAHWIN)

1.LETTER OF CONSENT dari suami (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)

2.Salinan sijil nikah (COP JAWI & WISMA PUTRA)

3.Salinan kad pengenalan suami (COP JPN & WISMA PUTRA)

4.Salinan Sijil lahir anak tiri (COP JPN & WISMA PUTRA)

5.surat hak jagaan dari mahkamah syariah (COP WISMA PUTRA)

6.Jika suami tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

 

(D) MAHRAM BERSAMA BAPA SAUDARA (SEBELAH BAPA)

1.LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)

2.Salinan sijil lahir anak,bapa kandung dan bapa saudara/adik beradik lelaki kandung (COP JPN & WISMA PUTRA)

3.Salinan kad pengenalan bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (COP JPN & WISMA PUTRA)

4.Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

 

(E) (i) MAHRAM BERSAMA BAPA ANGKAT (bin dengan nama bapa angkat) 

1.Salinan Surat pengambilan anak angkat (COP WISMA PUTRA)

2.Salinan Surat lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)

 (ii) MAHRAM BERSAMA BAPA ANGKAT (bin dengan nama lain)

1.Salinan Surat pengambilan anak angkat (COP WISMA PUTRA)

2.Salinan Surat lahir anak angkat (COP JPN & WISMA PUTRA)

3.Salinan surat perintah mahkamah (COP WISMA PUTRA)                                                                                                                                                                                                             

F)MAHRAM BERSAMA DATUK SEBELAH BAPA

1.Salinan sijil lahir cucu (COP JPN & WISMA PUTRA)

2.Salinan sijil lahir bapa kandung (COP JPN & WISMA PUTRA)

3.LETTER OF CONSENT dari bapa kandung/adik beradik lelaki kandung (COP PESURUHJAYA SUMPAH & WISMA PUTRA)

4.Jika bapa kandung tiada/meninggal dunia, SALINAN SIJIL MATI (COP JPN & WISMA PUTRA)

 

NOTA :

i) SEKIRANYA JEMAAH GAGAL BERBUAT DEMIKIAN PIHAK ALFAJR TRAVEL TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB  DALAM KELEWATAN PEMPROSESAN VISA.

ii) PIHAK ALFAJR JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGESAHAN DOKUMEN DI PEJABAT WISMA PUTRA PADA SETIAP HARI RABU SAHAJA. CAJ AKAN DI KENAKAN SEBANYAK RM 20 BAGI SETIAP MAHRAM.