ATURCARA UMROH INDONESIA

PERJALANAN UMROH 12 HARI
HARI TEMPAT & AKTIVITI
HARI 01 INDONESIA – KUALA LUMPUR

Berangkat dari Indonesia ke Kuala Lumpur. Tiba di Kuala Lumpur dan bermalam di Kuala Lumpur.

HARI 02  KUALA LUMPUR – JEDDAH – MADINAH

Para jemaah diminta berada di KLIA balai berlepas ( aras 5 ) 4 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk pesawat akan dibantu oleh kakitangan kami sebelum meneruskan penerbangan ke Jeddah. Setibanya di Lapangan Terbang Jeddah jemaah akan disambut oleh wakil kami dan dibawa menaiki bas untuk meneruskan perjalanan ke Madinah. Tiba di hotel Madinah, daftar masuk hotel dan berehat.

HARI 03  MADINAH ( ZIARAH LUAR )

Selepas sarapan pagi, para Jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MADINAH dengan diiringi oleh Mutawwif. Tempat-tempat lawatan adalah MASJID QUBA’, JABAL UHUD, MASJID QIBLATAIN, MASJID TUJUH (Medan Perang Khandak) dan LADANG KURMA. Selesai ziarah, jemaah bebas beribadat di Masjid Nabawi.

HARI 04 -05 MADINAH ( ZIARAH LUAR )

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.

HARI 06 MADINAH ( ZIARAH LUAR )

Para jemaah akan di bawa berangkat ke MAKKAH AL-MUKARRAMAH. Di dalam perjalanan singgah sebentar di MASJID BIR-ALI untuk solat sunat ihram dan bermiqat umrah. Sampai di MAKKAH, para jemaah akan dibawa ke hotel  dan kemudiannya dibawa oleh Mutawwif ke BAITULLAH untuk menyempurnakan ibadah Umrah yang pertama. Mutawwif akan memandu dan memberi penerangan tentang cara-cara mengerjakan Tawaf, Sa’ie dan Tahallul.

HARI 07 MAKKAH

Selepas sarapan pagi, para jemaah akan dibawa menziarahi KOTA MAKKAH. Tempat-tempat lawatan adalah JABAL THUR, PADANG ARAFAH, JABAL RAHMAH, MUZDALIFAH, MINA JAMAARAT, JABAL NOOR dan akhirnya bermiqat di JA’ARANAH. Para jemaah dinasihatkan mandi sunat ihram dan memakai ihram di hotel. Balik ke Baitullah untuk menyelesaikan umrah.

 

HARI 08-09 MAKKAH

Jemaah akan dibawa melawat Ladang Ternakan Unta serta bermiqat di Hudaibiyah.

HARI 10 MAKKAH

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah Umrah dan beribadah di Masjidil Haram.

HARI 11 MAKKAH – JEDDAH

Melakukan Tawaf Wida’ sebelum bertolak ke Jeddah untuk meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.

HARI 12 KUALA LUMPUR

Dijangka sampai di Kuala Lumpur. Jemaah akan transit di Kuala Lumpur dan akan meneruskan penerbangan ke Indonesia. Insyaallah….